Ads.1

Tuesday 9 October 2012

RINGKASAN STATUS TERAKHIR BEKALAN AIR DI SELANGOR, WP KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA OLEH SYABAS.

5 OKTOBER 2012

 1. LAPORAN STATUS TERKINI SITUASI PEMBEKALAN AIR DI SELANGOR,  
    KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA (BAGI TEMPOH 20 SEPTEMBER HINGGA  
    3 OKTOBER 2012)

Editor,
Meja Berita/Bilik Berita

Bersama-sama ini dilampirkan laporan terkini status pembekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk tujuan hebahan pihak media.

Berdasarkan laporan pada tempoh semasa , pihak SYABAS mendapati purata permintaan bekalan air dari tempoh 20 September hingga 3 Oktober 2012 masih terus pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 4,383.24 JLH (Juta Liter Sehari) berbanding dengan tempoh sebelumnya iaitu dari 1 hingga 19 September 2012 yang mencatatkan purata permintaan sebanyak 4,364.51 JLH. Ini menunjukkan permintaan bekalan air telah meningkat sebanyak 18.74 JLH dalam tempoh tersebut.

Mengikut rekod, sebanyak 531 aduan ketiadaan air yang melibatkan 39 kawasan di Wilayah Hulu Langat dan Kuala Lumpur telah diterima SYABAS.  Jumlah aduan yang tinggi pula telah direkodkan dari tempoh 22 hingga 24 September 2012 yang mana pada masa ini, telah berlakunya pengurangan pengeluaran dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat disebabkan oleh kadar kekeruhan air mentah yang tinggi telah dikesan di muka sauk LRA berkenaan sehingga menyebabkan jumlah pengeluaran air terawat terpaksa dikurangkan ke tahap 78%.  Disebabkan kejadian ini, sesetengah kawasan di Hulu Langat dan Kuala Lumpur telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau pada 24 September 2012 bagi mengurus kawasan-kawasan yang menghadapi masalah air.

Namun, kapasiti pengeluaran air yang boleh diagihkan pada masa ini adalah pada kadar 4,436 JLH dan ini termasuklah kapasiti tambahan yang diperolehi daripada Loji Air Sungai Labu sebanyak 25JLH semenjak awal Ogos 2012 dan sedikit sebanyak telah berjaya membantu mengurangkan gangguan bekalan air yang berlaku sebelum ini. Walaupun terdapat tambahan bekalan air, disebabkan rezab bekalan air yang begitu tipis, masalah gangguan bekalan air akan terus berlaku sekiranya permintaan terhadap bekalan air terawat terus meningkat.

Justeru itu, para pengguna dinasihatkan agar terus mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan penuh hemah sepanjang tempoh ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat laporan berkaitan bekalan air disaran agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS.

Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.

Sekian, terima kasih.

MS. PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
Tel       : 03-2088 5276                          
Fax      : 03-2088 5288


2. RINGKASAN STATUS TERAKHIR BEKALAN AIR DI SELANGOR, WP KUALA   

     LUMPUR DAN PUTRAJAYA OLEH SYABAS


1. Tempoh Laporan : 20 September hingga 3 Oktober 2012

2. Status Pembekalan Air
Tempoh
Permintaan Air Bersih (JLH)
(Purata)
Kapasiti Bekalan Maksima (JLH)
Rezab Bekalan Air Bersih
Status  Tekanan Rendah dan Gangguan Bekalan Air
Bil. Aduan

Bil Lori  Tangki  TungguSedia

Bil.Tangki Statik
JLH
%
20 Sept 2012
4,392.19
4,436
45.84
1.03
2 kawasan
4
14
44
21 Sept 2012
4,406.49
4,436
29.51
0.66
3 kawasan
16
14
44
22 Sept 2012
4,354.60
4,436
81.4
1.83
10 kawasan
157
14
44
23 Sept 2012
4,319.83
4,436
116.17
2.62
11 kawasan
189
14
44
24 Sept 2012
4,357.74
4,436
78.26
1.76
6 kawasan
108
16
47
25 Sept 2012
4,402.07
4,436
33.93
0.76
6 kawasan
47
16
47
26 Sept 2012
4,401.05
4,436
34.95
0.79
1 kawasan
10
16
47
27 Sept 2012
4,380.69
4,436
55.31
1.25
Tiada
Tiada
16
47
28 Sept 2012
4,377.28
4,436
58.72
1.25
Tiada
Tiada
16
47
29 Sept 2012
4,417.79
4,436
18.21
0.41
Tiada
Tiada
16
47
30 Sept 2012
4,400.39
4,436
35.61
0.80
Tiada
Tiada
16
47
1 Okt 2012
4,380.18
4,436
55.82
1.26
Tiada
Tiada
16
47
2 Okt 2012
4,366.75
4,436
69.25
1.56
Tiada
Tiada
14
47
3 Okt 2012
4,406.41
4,436
29.59
0.67
Tiada
Tiada
14
47
Jumlah Aduan Minggu ini
531


  
3. Sebab-sebab Gangguan Bekalan Air
  • Jumlah Pengeluaran Air daripada kesemua 34 Loji Rawatan Air (LRA) telah sampai di tahap Kadar Pengeluaran Maksima atau Jumlah Pengeluaran Boleh Agih iaitu pada kadar 4,436 Juta Liter Sehari (JLH) dan jumlah ini hampir-hampir tidak dapat menampung permintaan air oleh pengguna dan perkara ini masih berterusan. Gangguan bekalan air akan berlaku jika pengeluaran air terjejas yang disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti pengurangan pengeluaran dari loji-loji rawatan air sedia ada ataupun permintaan puncak yang berlaku pada hari tersebut yang melebihi kapasiti pengeluaran air

  • Permintaan air yang terus meningkat oleh pengguna masih lagi berlaku tetapi pada masa yang sama Kapasiti Loji Rawatan Air tidak dapat dipertingkatkan lagi.

4. Status Untuk Tempoh Laporan ini
Pada tempoh ini, permintaan bekalan air menunjukkan sedikit peningkatan jika dibandingkan dengan permintaan air pada tempoh sebelum ini. Walaubagaimanapun, bilangan kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini tidak berjadual yang berlaku pada tempoh 22 hingga 24 September 2012 yang disebabkan oleh pengurangan pengeluaran di LRA Sungai Langat telah pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat.


5. Senarai Kawasan Terlibat
Senarai kawasan terkini yang menghadapi Gangguan Bekalan Air atau Tekanan Rendah  dari tempoh 20 September 2012 – 3 Oktober 2012.

Wilayah
Kawasan Gangguan
Klang/
Shah Alam
Tiada
Hulu Langat
(11 kawasan)
Taman Sungai Besi Indah, Juara Jaya, Beranang, PKNS Beranang, Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Balakong, Taman Bukit Belimbing, Taman Vista Emas, Taman Alam Sari, Taman Indah, Cheras Jaya
Petaling
Tiada
Kuala Lumpur
(6 kawasan)
Maju Jaya, Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Lembah Maju, Taman Putra, Kampung Cheras Baru
Jumlah kawasan = 17


6. Saranan kepada pengguna
Pengguna disarankan untuk sentiasa menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan daripada pembaziran penggunaan air dan mengurangkan penggunaan air bagi tujuan yang kurang penting.

7. Cara berhubung dengan SYABAS
Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL)
  •  Talian Bebas Tol : 1-800-88-5252
  •  SMS : taip PUSPEL <jarak> <aduan> Hantar kpd: 39222 
  •   Twitter (@puspel)
  •   Facebook (PUSPEL Syabas)

3.   LAPORAN TAMBAHAN

- BAGI LAPURAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR, K.LUMPUR DAN PUTRAJAYA :   http://www.syabas.com.my/disruption

ADMIN HWE



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...